Alhamdulillah.

Atas berkat rahmat Allah Yang Maha Kuasa,

Saya diberi kesempatan untuk menelaah catatan pengajian bersanad kitab Hidayatus Salikin yang telah disunting oleh Guru yang dikasihi Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam. Menurut beliau, kitab ini merupakan sebuah kitab yang diberkati oleh Allah dengan keberkatan penyusunnya iaitu Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Keberkatan ini merupakan tanda keikhlasan penyusun. Syeikh Fahmi kemudian teringat sebuah ungkapan daripada Imam Malik pengarang Muwatta’ yang berbunyi “Yang kekal hanyalah yang ikhlas”.

MASALAH EJAAN DAN INISIATIF SYEIKH FAHMI

Menurut Syeikh Fahmi, kitab ini ditulis oleh orang Arab. Namun, huruf tambahan diperlukan bagi menulis bunyi yang ada dalam Bahasa Melayu (Jawi) tetapi tiada dalam Bahasa Arab. Ini menyebabkan berlakunya kesalahan tulisan. Oleh itu, Syeikh Fahmi mengambil inisiatif untuk menulis semula kitab ini menggunakan sistem atau kaedah Jawi terkini. Namun tetap ada permintaan supaya dirumikan dan beliau kemudiannya bersetuju untuk merumikan kitab ini.

SEBUAH KITAB YANG KOMPREHENSIF

Kitab ini merupakan sebuah kitab yang istimewa. Kitab ini merupakan sebuah kitab tasawuf yang bersepadu yang boleh dimanfaatkan untuk mensoleh dan mewalikan ramai orang. Memandangkan kitab ini sebenarnya merupakan terjemahan dan syarahan kepada kitab Imam al-Ghazali, maka hal ini dengan sendirinya mengingatkan kita kepada keutamaan dan kejayaan Imam al-Ghazali sebagai perangkai pertama ilmu tasawuf yang bersepadu ini.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan ilmu tasawuf yang bersepadu atau komprehensif? Ini bermaksud semua ilmu fardu ain berjaya dirangkum dalam ilmu tasawuf. Dan ini memang telah dikenal sebagai ciri khas tokoh seperti Imam al-Ghazali dan Syeikh al-Falimbani.

Adakah kesepaduan ini penting? Ya, kesepaduan ini amat penting. Kesepaduan ini dengan sendirinya mengelakkan mereka yang mempelajarinya daripada mengikut faham-faham di luar ASWAJA seperti Syiah dan Wahabi.

Selain itu, kesepaduan ini juga merupakan cerminan keseimbangan. Inilah sebabnya pedoman hidup bertasawuf adunan Imam al-Ghazali dan Imam al-Falimbani sesuai untuk kita. Akidah, fikah dan tasawuf difahami secara pandai dan menyeluruh.

Tidak terlalu “memandaikan” fikah sehingga “memandai-mandai” elakkan zakat dan tidak pula terlalu “memandaikan” tasawuf sehingga “memandai-mandai” tinggalkan solat kerana kononnya telah berjaya mengingat Allah secara berterusan dengan semata-mata ingatan.

Dalam lain perkataan, “kepandaian” fikah yang tidak seimbang dikhuatiri mengakibatkan kefasikan sedangkan “kepandaian” tasawuf yang tidak seimbang pula dikhuatiri mengakibatkan kezindikan.

PENDEKATAN KASIH SAYANG

Syeikh al-Falimbani sebenarnya meneruskan pendekatan kasih sayang Imam al-Ghazali. Keberkatan kitab-kitab mereka berpotensi mendorong orang lain untuk berfikir dan beramal. Kasih sayang Imam al-Ghazali kepada kita boleh dilihat daripada gaya bahasa beliau yang lembut dan halus. Kita yang membaca dan mempelajari kitab-kitab mereka sebenarnya diajak untuk menasihati diri sendiri. Bahkan boleh menitis air mata orang yang membaca kitab-kitab mereka dengan ikhlas.

Marilah kita cuba dapatkan penghayatan sedemikian. Insya-Allah penghayatan sebegini boleh membentuk kehidupan kita yang baru dan bermutu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s