TAMAN MAWAR, PASIR GUDANG, 11 September 2017 – Kiyai Muhammad Idrus Ramli dari Indonesia meringkas sejarah perkembangan Ahli Sunnah wal Jamaah di Nusantara. Perlu difahami bahawa kependekan ASWAJA yang sering digunakan oleh Kiyai Idrus tidak merujuk kepada pertubuhan ASWAJA di Malaysia tetapi merujuk kepada keseluruhan Ahli Sunnah wal Jamaah.

ASWAJA HADAPI PELBAGAI CABARAN

Menurut Kiyai Idrus, ASWAJA menghadapi pelbagai cabaran. Ada cabaran yang datang daripada pihak di luar ASWAJA dan ada juga cabaran daripada pihak yang mengaku ASWAJA.

 

PENGIKUT ASWAJA BERMAZHAB

Ramai orang awam yang tidak memahami kerangka ilmu (framework) ASWAJA dalam segenap bidang iaitu akidah, fikah dan tasawuf. Secara umum, pengikut ASWAJA di Nusantara berakidah mengikut mazhab Ashairah, berfikah mengikut mazhab Shafi’i dan bertasawuf mengikut Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali. Ringkasnya, pengikut ASWAJA itu bermazhab.

 

KEPENTINGAN ILMU AKIDAH ASWAJA

Kewujudan pelbagai kumpulan sesat merupakan kesan daripada pengabaian ilmu akidah ASWAJA. Ilmu akidah ASWAJA membolehkan kita kenal Allah dan Rasul. Makrifat merujuk kepada pengetahuan secara yakin yang sesuai dengam hakikat kebenaran yang tidak berubah.

 

DAKWAH ASWAJA DI NUSANTARA

Dakwah yang sampai ke Nusantara ialah dakwah ASWAJA. Islam mula disebarkan ke Nusantara seawal 50 tahun pertama perkembangan Islam sebagaimana yang telah diutuskan oleh Sayyidina Uthman. Namun, bilangan penganut Islam ketika itu masih kecil dan dikira sebagai minoriti. Penganut Islam mula dikenal sebagai majoriti kira-kira 600 tahun kemudian.

Sultan Malik al-Salih daripada Kerajaan Pasai berperanan penting dalam penyebaran dakwah ASWAJA. Karamah beliau boleh dilihat ketika 49 orang individu berlindung di kawasan makam beliau ketika peristiwa Tsunami. Ini merupakan salah satu contoh karamah pendakwah ASWAJA.

 

HAKIKAT MAZHAB

Orang awam perlu berhati-hati dengan propaganda Wahabi yang kononnya mengajak masyarakat untuk terus merujuk kepada al-Quran dan Hadith. Mereka gagal faham hakikat mazhab yang sebenarnya tetap merujuk kepada al-Quran dan Hadith. Perbezaan pandangan telah bermula pada zaman sahabat sekalipun Rasulullah masih bersama mereka. Kepelbagaian mazhab yang diterima pula merupakan cerminan kepada pemahaman berbeza yang masih boleh diterima. Selain itu, kepelbagaian atau perbezaan pandangan ini juga sebenarnya merupakan rahmat buat umat.

 

PELBAGAI TINGKATAN KEPAKARAN ULAMA

Terdapat pelbagai tingkatan keahlian atau kepakaran ulama. Hanya mereka yang benar-benar pakar sahaja yang boleh dirujuk dalam masalah perbezaan pandangan. Mereka yang dimaksudkan ialah para imam mujtahid yang merintis pelbagai mazhab. Mereka jugalah yang dirujuk oleh al-Quran sebagai Ahli Zikir (dengan maksud Ahli Quran). Ahli Quran ini dikenali sebagai Ahli Zikir kerana al-Quran boleh dijadikan zikir. Ringkasnya, mengikut mazhab tidak lain melainkan mengikut al-Quran dan Hadith sesuai dengan kefahaman para ahli atau pakar yang berkelayakan. Mereka yang ingin mendalami agama seharusnya belajar daripada guru yang bersanad

 

AMALAN MUSLIM NUSANTARA

Banyak amalan masyarakat Nusantara seperti amalan Membaca Yasin pada malam Jumaat, menziarahi kubur pada hari raya, bertahlil dan menyambut Mawlid Nabi menjadi sasaran kritikan pihak Wahabi. Menurut mereka, semua amalan ini tidak berdalil dan merupakan sebahagian daripada contoh perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan. Sebenarnya semua amalan ini mempunyai hujah dan dalil. Kumpulan Wahabi tidak menemukannya kerana mereka yang belum pernah belajar sehingga ke tahap itu.

 

KREDIT

Gambar: YouTube/Mohd Arifin

Kemaskini (ke-2): 19 Jun 2018

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s