BIOGRAFI RINGKAS

Ayah Imam al-Ghazali bukan ulama tetapi amat mencintai ulama. Dan beliau bercita-cita agar keturunannya menjadi ulama. Imam al-Ghazali menguasai pelbagai ilmu alat sedari awal dan berpeluang belajar daripada ulama terbaik seperti Imam al-Juwaini. Gurunya ini mengiktiraf kecerdikan dan keluasan ilmu Imam al-Ghazali. Kecerdikan beliau juga dimanfaatkan oleh pemerintah pada zaman tersebut kerana beliau mampu berhujah dengan pelbagai kumpulan.

 

BELAJAR DARIPADA PEROMPAK

Imam al-Ghazali pernah bersusah payah mencari dan mencatat ilmu selama tiga tahun. Ketika dirompak, beliau memohon agar catatan-catatan tersebut tidak diambil. Beliau ditertawakan oleh perompak. Perompak itu turut menyindir beliau dengan berkata “Apa gunanya ilmu yang boleh dirompak?”. Imam al-Ghazali mengambil pelajaran daripada pengalaman ini. Beliau memahami kata-kata perompak tersebut sebagai sebuah teguran daripada Allah. Sejak hari itu, beliau menghafal semua ilmunya.

 

HILANG KEFASIHAN MENGAJAR DAN KESEDARAN BERTASAWUF

Peristiwa menarik lain yang berlaku kepada beliau ialah apabila beliau hilang kefasihan untuk mengajar. Selama ini, beliau terkenal sebagai seorang ilmuwan yang fasih. Beliau menghabiskan 12 tahun seterusnya berkelana. Beliau bahkan pernah menyapu di sebuah masjid di Damascus selama 2 tahun bagi merendahkan dirinya sebagai satu bentuk latihan rohani.

 

MEMAHAMI KRITIKAN IMAM

Kritikan Imam al-Ghazali kepada ulama menggunakan istilah seperti “hipokrit” perlu difahami dengan baik supaya kita tidak berburuk sangka dengan beliau. Kita perlu ingat dan faham keseluruhan perjalanan hidup beliau untuk benar-benar mendapat manfaat daripada krititikan-kritikan beliau sebegini yang sebenarnya juga merupakan nasihat. Beliau berpengalaman menjalani kehidupan seorang ulama yang masyhur dan beliau faham benar tipu daya kemasyhuran.

 

TUJUAN BERAGAMA IALAH MENGENAL TUHAN

Menurut Imam al-Ghazali, tujuan beragama ialah untuk makrifatullah (mengenal Allah). Tetapi beliau tidak mahu menulis tentang mukasyafah. Beliau mahu menulis tentang muamalah. Bagi beliau, perkara ini akan membantu seseorang untuk mengenal Allah. Inilah yang boleh kita lihat pada kitab Ihya’ Ulumiddin susunan beliau.

 

PENGENALAN RINGKAS KITAB IHYA’

Kitab Ihya’ Ulumiddin ini terbahagi kepada 4 bahagian. Bahagian pertama berkenaan rahsia amalan orang Islam seperti wuduk dan lain-lain. Syeikh Hamza Yusuf turut kongsikan pengalaman gurunya yang mengambil masa 10 minit untuk berwuduk kerana benar-benar menghayati amal ibadat ini kerana ada hadith yang menyebutkan tentang keluarnya dosa daripada bahagian tubuh tertentu apabila berwuduk. Bahkan, mazhab Syafi’i berpandangan bahawa air yang telah digunakan untuk berwuduk tidak boleh lagi digunakan.

Tonton video ini untuk dengar huraian lanjut daripada Syeikh Hamza Yusuf. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s