KEHIDUPAN BERMORAL RAKYAT AMERIKA SELEPAS PERANG DUNIA KE-2

Sikap progresif terhadap seks di Amerika kini dimanifestasikan dalam sebahagian rancangan televisyen, filem, lagum majalah. Namun, ini bukanlah sebuah keadaan biasa, walaupun di Amerika, suatu ketika dahulu.

Selepas Perang Dunia ke-2, Amerika berpeluang menikmati hasil perjuangan mereka. Rakyat, secara umumnya, mula berusaha untuk mengejar kehidupan yang baik. Perkahwinan monogami pula merupakan salah sebuah ciri penting masyarakat ketika itu. Para suami diharapkan berperanan sebagai ketua keluarga yang baik sedangkan para isteri diharapkan meninggalkan kerja mereka dan berperanan sebagai isteri sekaligus ibu yang baik di rumah.

Ketika itu, masyarakat masih membezakan di antara perempuan baik dengan perempuan jalang. Dalam lain perkataan, seks di luar perkahwinan bukanlah sebuah kebiasaan yang diterima. Seks juga tidak dibicarakan secara terbuka. Hanya perkara negatif yang melibatkan seks seperti skandal dan kesan-kesan buruknya – ini termasuklah jangkitan penyakit seksual seperti Syphilis dan Gonorrhea – sahaja yang dibicarakan secara terbuka. Ringkasnya, konsep kebebasan seksual sebagai sebuah bentuk kefasadan (kerosakan), tidak bermoral dan menyalahi agama merupakan konsep penting yang dimanfaatkan oleh kerajaan untuk menata kehidupan masyarakat ketika itu.

KELICIKAN HEFNER

Mengikut catatan sejarah, Majalah Playboy yang pertama terjual dengan baik. Ini membolehkan majalah ini terus diterbitkan. Selain itu, Hefner juga mempunyai strategi yang menarik untuk memastikan kelangsungan majalahnya di pasaran.

Umum mengetahui bahawa majalah Playboy meraih keuntungan besar dengan menerbitkan gambar-gambar wanita cantik tanpa pakaian. Hefner turut memasukkan perkara-perkara lain seperti makanan, muzik, fiksyen dan malah kartun. Tidak berlebihan sekiranya dikatakan bahawa strategi ini telah berjaya membantu Playboy mengaburkan moraliti masyarakat Amerika berkenaan perkara-perkara seksual dengan tampil sebagai “penyokong hak asasi manusia” dan “pencorak citarasa dan budaya”.

Namun Hefner tidak berhenti di situ. Playboy juga boleh diumpamakan sebagai sebuah empayar yang mempunyai pelbagai jenis perniagaan seperti francais kelab malam dan kasino. Dalam lain perkataan, kemasyhuran yang diraih oleh majalah Playboy telah digunakan sepenuhnya oleh Hefner untuk meluaskan pengaruh dan kekayaannya.

TANGGAPAN PENYOKONG

Sebahagian penyokong mengganggap Playboy sebagai manifestasi pemberdayaan (empowerment) dan kebebasan seksual (sexual freedom). Malah, ada yang menganggapnya sebagai perintis revolusi seksual.

TANGGAPAN PENGKRITIK

Sebahagian pengkritik mengkritik Hefner yang membuatkan pekerjanya kelihatan seperti binatang.

Pihak seperti Socialist Worker pula pernah berdemonstrasi dengan membawa papan bertulis “Our Bodies Not For Sale”.

Menurut Julie Bindel, Hefner bertanggungjawab mengembangkan pornografi sebagai sebuah industri perniagaan yang menguntungkan (keuntungan duniawi berupa wang) sekaligus sah di sisi undang-undang, sekalipun mengancam dan merendahkan martabat wanita.

Julie Bindel juga berpandangan Hefner tidak layak dikenang sebagai seorang pembebas seksual (sexual liberationist) ataupun idola pertuturan bebas (free speech). Bukan itu sahaja, beliau bahkan tidak teragak-agak menggelar Hefner sebagai sampah seksis terhina (sexist scum of the lowest order). Bagi Julie Bindel, para pengkagum Hefner yang sering mengenang penglibatannya dalam menyokong perjuangan anti-rasisme seharusnya memikirkan soalan berikut sebelum mengangkat Hefner, “Bagaimanakah seorang juara hak sivil sanggup meraih keuntungan besar daripada pornografi yang tentunya merupakan bentuk rasisme yang lebih teruk?”.

BIBLIOGRAFI

https://www.independent.co.uk/voices/hugh-hefner-dead-death-playboy-mansion-bunny-women-misogynist-predatory-enemy-a7972046.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s