ICAN merupakan penerima Hadiah Nobel Keamanan tahun 2017. Kami fikir ICAN perlu dikenal ramai sebelum persidangan di antara Trump dan Kim yang dijadualkan esok di Singapura.

Ringkasan 4 hujah utama pengharaman senjata nuklear yang dikongsikan dalam artikel ini pula tentunya wajar difahami oleh mereka yang bercita-cita memiliki senjata nuklear konon untuk alasan keselamatan atau pengimbang keselamatan sejagat.

Selamat berkenalan dengan ICAN. Semoga bermanfaat.

LAHIR DI AUSTRALIA

International Campaign to Abolish Nuclear Weapons (ICAN) merupakan sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan di seratus buah negara yang konsisten berpendirian untuk rundingan dan pengharaman senjata nuklear Amerika Syarikat.

Walaupun bermula di Australia, ICAN telah dilancarkan secara rasmi di Austria pada April 2007. Para pengasasnya telah diispirasi oleh kejayaan Kempen Antarabangsa untuk Pengharaman Ranjau Letupan Darat (International Campaign to Ban Landmines). ICAN kini beribu pejabat di Geneva, Switzerland.

Sejak awal penubuhannya, ICAN telah berusaha mengumpul sokongan global untuk menghapus senjata nuklear. ICAN percaya mereka telah membentuk semula debat berkenaan senjata nuklear dengan melibatkan banyak kumpulan seterusnya menjana momentum untuk penghapusannya.

Fokus ICAN ialah memujuk negara-negara untuk menandatangani dan mengesahkan persetujuan untuk mengharamkan senjata nuklear.

 

PENERIMA HADIAH NOBEL KEAMANAN 2017

Pada tahun 2017, ICAN telah menerima Hadiah Nobel Keamanan untuk usahanya mendidik dunia tentang kesan buruk penggunaan senjata nuklear kepada semua manusia dan kesungguhannya untuk mencapai sebuah rundingan pengharaman senjata nuklear.

 

BERSAMA MANGSA BOM ATOM

Selain menganjurkan banyak program kesedaran, ICAN turut bekerjasama dengan mangsa-mangsa bom atom Amerika Syarikat di Hiroshima dan Nagasaki serta mangsa-mangsa ujian nuklear. Testimoni mereka dikumpul dan dikongsikan kepada para pemimpin dan orang awam.

 

TERIMA BANYAK SOKONGAN

ICAN disokong oleh ramai individu terkemuka seperti penerima Nobel Desmond Tutu dan Dalai Lama, ahli muzik Herbie Hancock, artis Yoko Ono, dan pelakon Martin Sheen dan Michael Douglas.

 

4 HUJAH UTAMA HARAMKAN SENJATA NUKLEAR

4 hujah utama pengharaman senjata nuklear ialah bencana kesengsaraan untuk manusia, ancaman keselamatan, kerosakan alam sekitar dan pengurusan ekonomi.

HUJAH #1 -BENCANA KESENGSARAAN UNTUK MANUSIA

Senjata nuklear – sama ada digunakan ataupun tidak digunakan – tetap merupakan bencana kesengsaraan untuk semua manusia. Kesan daripada penggunaan senjata nuklear secara umumnya telah diketahui. Namun, ramai yang belum mengetahui pengalaman buruk masyarakat di seluruh dunia yang tinggal hampir dengan senjata nuklear.

 

HUJAH #2 – ANCAMAN KESELAMATAN

Pemilikan senjata nuklear oleh mana-mana negara merupakan ancaman keselamatan kepada semua. Jauh daripada merintis keamanan, pemilikan senjata nuklear hanya menimbulkan lebih banyak rasa takut dan tidak percaya, seterusnya mendorong lebih banyak pihak untuk memiliki senjata nuklear dengan alasan keselamatan.

Pemilikan senjata nuklear yang kononnya tidak akan digunakan pula tetap berbahaya kerana tiada jaminan untuk tidak menggunakannya pada masa hadapan sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Selain itu, pihak yang percaya bahawa senjata nuklear boleh digunakan dalam peperangan juga keliru kerana penggunaannya jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa kerana pasti akan membunuh orang awam yang tidak mengangkat senjata selain membahayakan alam sekitar.

 

HUJAH #3 – KEROSAKAN ALAM SEKITAR

Senjata nuklear merupakan satu-satunya alat ciptaan manusia yang boleh menghancurkan seluruh dunia. Selain berpotensi menyebabkan kebuluran global akibat kematian tumbuh-tumbuhan, penggunaan senjata nuklear juga boleh menyebabkan kejatuhan mendadak suhu dunia dan hujan akibat peningkatan asap dan debu.

 

HUJAH #4 – PENGURUSAN EKONOMI

Perbelanjaan besar untuk senjata nuklear mengurangkan perbelanjaan untuk keperluan manusia yang penting seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, bantuan bencana alam dan lain-lain.

 

PERSOALAN

Bagaimana pula sikap rakyat Malaysia mengenai pemilikan senjata nuklear? Sekiranya tokoh tradisi Buddha – yang selama ini dianggap tidak peduli dengan isu-isu keduniaan  -seperti Dalai Lama juga berpendirian menyokong usaha membebaskan dunia daripada senjata nuklear, bagaimana pula dengan sikap majoriti Muslim Malaysia yang meyakini bahawa Islam mempunyai penyelesaian untuk semua perkara?

 

KREDIT

Rujukan: http://www.icanw.org

Layari laman ini untuk dapatkan lebih banyak maklumat mengenai perjuangan ICAN dan bahaya senjata nuklear.

Gambar: International Physicians for the Prevention of Nuclear War

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s