Bulan Syawal dikenali juga sebagai bulan kemaafan. Kesediaan meminta dan memberi kemaafan tentunya amalan mulia yang perlu dilestarikan. Namun, bulan kemaafan ini juga seharusnya dimanfaatkan untuk memperbaharui komitmen kita untuk saling berkomunikasi dengan lebih berkesan.

Penulis percaya kebanyakan daripada konflik yang kita hadapi sebenarnya berpunca daripada kelemahan kita dalam berkomunikasi – terutamanya apabila kita cenderung mendakwa seseorang atau sesebuah kumpulan dengan dakwaan yang tidak mereka yakini atau katakan.

 

HALANGAN #1

SEMANGAT KELOMPOK YANG NEGATIF

Antara halangan kepada komunikasi berkesan di Malaysia ialah kecenderungan untuk mendengar hanya daripada kelompok sendiri. Inilah yang penulis maksudkan dengan ‘semangat kelompok’ yang negatif. Disifatkan negatif kerana menutup kemungkinan untuk mengenal kelompok lain dengan semangat saling mengenal (li ta’arafu) yang sebenar.

Sebarang usaha mengenal kelompok yang lain, sekiranya ada, pula masih bersifat terbatas kepada perkenalan melalui bahan bacaan atau rakaman. Belum ada keinginan yang kuat untuk sekurang-kurangnya bertegur sapa di alam maya.

Kesannya, seseorang atau sesebuah kelompok segera berpuas hati menerima maklumat dan tafsiran berkenaan individu dan kelompok lain daripada kelompok sendiri sahaja. Sebagai contoh, pengikut Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWAJA) lekas berpuas hati dengan maklumat berkenaan Wahabi yang mereka terima tanpa merasa perlu untuk berkenalan dengan mereka. Begitu juga halnya dengan pengikut Wahabi yang sekadar berpuas hati menerima maklumat berkenaan Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWAJA) tanpa merasa perlu untuk mengenal mereka. Semuanya ini tentu sekali membantutkan perkembangan masyarakat Muslim yang lebih matang di Malaysia.

 

HALANGAN #2

MONOPOLI WACANA

Halangan pertama tambah berbahaya sekiranya setiap kelompok pula selesa dengan ‘monopoli wacana’ yang telah berjaya diraih. Sebagai contoh, Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWAJA) tidak merasa perlu untuk menilai kritikan Wahabi secara saksama kerana merasa cukup dengan legasi para ulama berwibawa terdahulu. Wahabi pula tidak merasa perlu untuk menilai kritikan Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWAJA) kerana merasa paling hampir dengan kebenaran al-Quran dan Sunnah. Ini belum lagi mengambilkira tipologi Muslim Malaysia yang lain seperti Liberal , Plural, Ikhwani dan lain-lain. Keadaan-keadaan tidak sihat seperti ini jelas sekali melewatkan kematangan hidup bermasyarakat di negara kita yang tercinta.

Selain itu, perlu juga difahami bahawa kekurangan ataupun ketiadaan individu ataupun sesebuah kumpulan dalam memajukan sesebuah wacana seperti kedaulatan undang-undang, misalnya, tidak pula boleh segera ditafsirkan sebagai kecenderungan mereka untuk anti-undang-undang. Apatah lagi sekiranya mereka tidak terlibat dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang.

 

HALANGAN #3

KETERBATASAN LABEL ATAU ISTILAH

Salah faham istilah atau label merupakan halangan yang besar kepada komunikasi berkesan. Ini termasuklah penggunaan sesebuah istilah – seperti Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWAJA), Wahabi, Liberal dan lain-lain – sama ada secara terlalu longgar ataupun terlalu ketat. Disifatkan sebagai terlalu ketat kerana terlalu terikat dengan rumusan definisi akademik tanpa mempertimbangkan kepelbagaian tipologi sesebuah istilah di Malaysia.

 

 

KREDIT

Gambar: pixabay.com/3dman_eu (Peggy und Marco Lachmann-Anke)

 

SEJARAH KEMASKINI

Kemaskini ke-2: 23 Jun 2018 (19:00)

Kemaskini ke-3: 23 Jun 2018 (22:40)

Kemaskini ke-4: 23 Jun 2018 (23:00)

*Artikel ini telah diringkas dan dikemaskini. Paparan ringkas mengenai tipologi Muslim Malaysia seperti Ahli Sunnah wal JamaahWahabi dan Liberal, serta cadangan pembinaan Indeks Tipologi Muslim Malaysia dan Profil Kecenderungan Individu telah dikeluarkan dahulu buat masa ini dan bakal diterbitkan dari masa ke masa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s