Tipologi Orang Liberal di Malaysia & Hujah Berlapis Sebahagian Mereka

Terdapat banyak jenis orang 'liberal' yang wujud dalam kalangan kaum Muslimin semasa. Oleh itu, kefahaman yang luas diperlukan untuk memahami keragaman orang liberal yang ada di Malaysia.   TIPOLOGI #1 'LIBERAL' MENURUT ORANG AWAM Orang awam biasanya menggunakan perkataan ini secara longgar untuk merujuk kepada sesiapa sahaja yang hidup bebas - tanpa mematuhi ketetapan agama … Continue reading Tipologi Orang Liberal di Malaysia & Hujah Berlapis Sebahagian Mereka

Halangan Komunikasi Muslim Malaysia

Bulan Syawal dikenali juga sebagai bulan kemaafan. Kesediaan meminta dan memberi kemaafan tentunya amalan mulia yang perlu dilestarikan. Namun, bulan kemaafan ini juga seharusnya dimanfaatkan untuk memperbaharui komitmen kita untuk saling berkomunikasi dengan lebih berkesan. Penulis percaya kebanyakan daripada konflik yang kita hadapi sebenarnya berpunca daripada kelemahan kita dalam berkomunikasi - terutamanya apabila kita cenderung … Continue reading Halangan Komunikasi Muslim Malaysia

Putera Dara Shikuh – Sufi Kontroversi Dihukum Mati

Kenali Putera Dara, seorang pengikut Tarekat Qadiriyah bermazhab Hanafi yang dihukum mati oleh adindanya sendiri iaitu Putera Aurangzib. LAHIR DI AJMIR Dalam kitabnya berjudul Safinat-ul-Awliya, Putera Muhammad Dara Shikuh - putera sulung Khalifah Shahjahan pemerintah Hindustan - mencatatkan hari dan tarikh kelahirannya ketika berbicara tentang kehidupan Khwaja Mu'inuddin Chisti. Menurut catatan tersebut, baginda dilahirkan pada … Continue reading Putera Dara Shikuh – Sufi Kontroversi Dihukum Mati

Kenali ICAN dan Rundingan Pengharaman Senjata Nuklear

ICAN merupakan penerima Hadiah Nobel Keamanan tahun 2017. Kami fikir ICAN perlu dikenal ramai sebelum persidangan di antara Trump dan Kim yang dijadualkan esok di Singapura. Ringkasan 4 hujah utama pengharaman senjata nuklear yang dikongsikan dalam artikel ini pula tentunya wajar difahami oleh mereka yang bercita-cita memiliki senjata nuklear konon untuk alasan keselamatan atau pengimbang … Continue reading Kenali ICAN dan Rundingan Pengharaman Senjata Nuklear

Asas Pemikiran Marxis – Borjuis & Proletariat

PERJUANGAN KELAS  Perjuangan kelas sosial atau class struggles berlaku apabila satu kelas diperalat atau dizalimi oleh kelas yang lain. Menurut pemikiran Marxis, pertelingkahan ekonomi ini - bukan agama, ideologi atau budaya - mendasari semua peristiwa sejarah seperti Revolusi Industri dan lain-lain. Pertelingkahan ini sentiasa melibatkan dua pihak utama iaitu kaum Borjuis dan kaum Proletariat. Revolusi … Continue reading Asas Pemikiran Marxis – Borjuis & Proletariat

Vijay Mehta – 10 Faktor Keamanan di Eropah

Eropah bukannya tidak pernah bergolak. Menurut Vijay Mehta (seorang aktivis keamanan), sejarah pernah mengenal Eropah sebagai benua terganas di dunia. Diringkaskan cerita, negara-negara Eropah akhirnya membatalkan niat masing-masing untuk berperang. Dalam bukunya berjudul “Peace Beyond Borders: How the EU brought peace to Europe and how exporting it would end conflicts around the world”, Vijay Mehta telah … Continue reading Vijay Mehta – 10 Faktor Keamanan di Eropah

Malala Perjuang Hak Pendidikan Perempuan

KEHIDUPAN AWAL Malala dilahirkan di Mingora, Pakistan pada 12 Julai 1997. Beliau merupakan cahaya mata kepada Ziauddin dan isterinya Toor Pekai Yousafzai. Ziauddin menamakan anak perempuannya ini sempena nama Malalai, seorang heroin Pashtun. Walaupun kelahiran anak perempuan tidaklah begitu mengujakan masyarakat di Pakistan, Ziauddin tekad memberikan semua peluang seperti anak lelaki kepada Malala. Sebagai pendidik, … Continue reading Malala Perjuang Hak Pendidikan Perempuan

Mencari Makna Keadilan dalam Pendidikan

APAKAH MAKNA KEADILAN DALAM PENDIDIKAN? Penulis amat berminat meneroka tema keadilan dalam pendidikan kerana penulis percaya tema universal ini amat berpengaruh khususnya dalam menjamin keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia. Penulis turut berpandangan bahawa tema ini tidak terbatas semata-mata kepada persoalan undang-undang tetapi turut melibatkan persoalan yang lebih asasi iaitu persoalan moral. Keadilan, apabila ditinjau … Continue reading Mencari Makna Keadilan dalam Pendidikan

Surat Terbuka kepada Menteri Pendidikan Malaysia

Ke hadapan Yang Berhormat (YB) Simpang Renggam Dr. Maszlee Malik. Tahniah atas lantikan YB sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu. Saya difahamkan banyak perkara yang ingin YB usahakan untuk kemajuan pendidikan tanah air. Sebagai rakyat Malaysia yang juga teruja dengan banyak perubahan yang berlaku akhir-akhir ini, saya dengan perasaan rendah diri ingin turut serta berkongsi … Continue reading Surat Terbuka kepada Menteri Pendidikan Malaysia

Hefner dan Kemunduran Moral Masyarakat Amerika

KEHIDUPAN BERMORAL RAKYAT AMERIKA SELEPAS PERANG DUNIA KE-2 Sikap progresif terhadap seks di Amerika kini dimanifestasikan dalam sebahagian rancangan televisyen, filem, lagum majalah. Namun, ini bukanlah sebuah keadaan biasa, walaupun di Amerika, suatu ketika dahulu. Selepas Perang Dunia ke-2, Amerika berpeluang menikmati hasil perjuangan mereka. Rakyat, secara umumnya, mula berusaha untuk mengejar kehidupan yang baik. … Continue reading Hefner dan Kemunduran Moral Masyarakat Amerika