Putera Dara Shikuh – Sufi Kontroversi Dihukum Mati

Kenali Putera Dara, seorang pengikut Tarekat Qadiriyah bermazhab Hanafi yang dihukum mati oleh adindanya sendiri iaitu Putera Aurangzib. LAHIR DI AJMIR Dalam kitabnya berjudul Safinat-ul-Awliya, Putera Muhammad Dara Shikuh - putera sulung Khalifah Shahjahan pemerintah Hindustan - mencatatkan hari dan tarikh kelahirannya ketika berbicara tentang kehidupan Khwaja Mu'inuddin Chisti. Menurut catatan tersebut, baginda dilahirkan pada … Continue reading Putera Dara Shikuh – Sufi Kontroversi Dihukum Mati

Syeikh Hamza Yusuf – Akar Krisis Kita

TAMADUN ISLAM SEBUAH TAMADUN KUALITATIF DAN KUANTITATIF Menurut Syeikh Hamza Yusuf, semua perkara bermula dengan idea. Dan idea itu menarik (intriguing) kerana ia merupakan kandungan minda kita. Namun, kita sering kali gagal memeriksa kandungan minda kita. Metafizik membolehkan kita memeriksa andaian-andaian. Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun kualitatif dan kuantitatif. Tamadun Islam merupakan tamadun yang memiliki … Continue reading Syeikh Hamza Yusuf – Akar Krisis Kita

Maulana Hussain – Tahap Pengajian Hadith

BELAJAR ADAB DARIPADA SYEIKH AL-HADITH MAULANA ZAKARIYA Syeikhul Hadith Mawlana Zakariya mengajar hadith daripada umur 20 tahun hingga hampir 60 tahun. Menurut Mawlana Zakariya, beliau semakin nampak kebenaran dalil imam-imam mazhab setelah lama mengajar hadith. Guru Mawlana Hussain merupakan murid kepada Mawlana Zakariya. Oleh itu, kita seharusnya tunduk di hadapan ulama mujtahid (dengan maksud menghormati … Continue reading Maulana Hussain – Tahap Pengajian Hadith

Kredit: Zaytuna College

Syeikh Hamza Yusuf – Kepentingan Peranan Imam al-Ghazali

BIOGRAFI RINGKAS Ayah Imam al-Ghazali bukan ulama tetapi amat mencintai ulama. Dan beliau bercita-cita agar keturunannya menjadi ulama. Imam al-Ghazali menguasai pelbagai ilmu alat sedari awal dan berpeluang belajar daripada ulama terbaik seperti Imam al-Juwaini. Gurunya ini mengiktiraf kecerdikan dan keluasan ilmu Imam al-Ghazali. Kecerdikan beliau juga dimanfaatkan oleh pemerintah pada zaman tersebut kerana beliau … Continue reading Syeikh Hamza Yusuf – Kepentingan Peranan Imam al-Ghazali

Kiyai Idrus Ramli – Sejarah Ringkas ASWAJA di Nusantara

TAMAN MAWAR, PASIR GUDANG, 11 September 2017 - Kiyai Muhammad Idrus Ramli dari Indonesia meringkas sejarah perkembangan Ahli Sunnah wal Jamaah di Nusantara. Perlu difahami bahawa kependekan ASWAJA yang sering digunakan oleh Kiyai Idrus tidak merujuk kepada pertubuhan ASWAJA di Malaysia tetapi merujuk kepada keseluruhan Ahli Sunnah wal Jamaah. ASWAJA HADAPI PELBAGAI CABARAN Menurut Kiyai … Continue reading Kiyai Idrus Ramli – Sejarah Ringkas ASWAJA di Nusantara

Syeikh Fahmi – Kitab Tasawuf Bersepadu

Alhamdulillah. Atas berkat rahmat Allah Yang Maha Kuasa, Saya diberi kesempatan untuk menelaah catatan pengajian bersanad kitab Hidayatus Salikin yang telah disunting oleh Guru yang dikasihi Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam. Menurut beliau, kitab ini merupakan sebuah kitab yang diberkati oleh Allah dengan keberkatan penyusunnya iaitu Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani. Keberkatan ini merupakan tanda keikhlasan penyusun. Syeikh Fahmi … Continue reading Syeikh Fahmi – Kitab Tasawuf Bersepadu